Blog Skin

Wednesday, August 9, 2017

Kerja Baru di UMP

Assalammualaikum wbt.... muncul kembali 😊. Kali ni memaksakan diri buat post memandangkan ada benda baru yg boleh di consider besar dalam hidup yg jadi. Antaranya dapat kerja baru dan dapat anak baru. Untuk kali ni kita update pasal kerja baru lah selepas berhenti askar awal tahun 2016.

Aku dapat kerja sebagai Ketua Bahagian Keselamatan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 9 Nov 2016. Tapi family tak ikut sekali sebab wife pun ada komitmen di tempat kerja dia. Jadi aku datang bujang jelah kat UMP ni. Aku based di Kampus Pekan tapi kena jaga juga Kampus Gambang.
Taknak cerita banyak lah. Just nak tempek gambar2. Biarlah gambar yg berbicara...


Acara aku yang pertama kat UMP. Fun Run sempena Convo Fest 2016. Aku tgh berlari dengan Dato Rosli Timbalan Naib Canselor Akademik. Memang berstamina dia ni walaupun dah lebih 50 tahun.

Keratan akhbar acara Fun Run


Salah satu acara sempena Convo Fest jugak. Melepaskan ikan untuk acara memancing. Kerjasama dengan Utusan Malaysia.


Bersama pemenang-pemenang pertandingan memancing.

Keratan akhbar pertandingan memancing

Upacara pemakaian pangkat anggota pengawal KP11 ke KP 14. Disempurnakan oleh Tuan Pendaftar UMP En Hamid Abd Majid

 
Bergambar kenangan bersama Pendaftar dan BKES

Majlis Perarakan Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMP tahun 2016 


Perjumpaan bersama antara MPP dan BKES



Monday, August 22, 2016

Dah 4 tahun Tak Memblog kan Diri



    Iye... dah 4 tahun aku tak ber blog. Maksudnya tak update blog lah. Tu dah malas tahap gaban. Ni gambar yang terkini kami sefamili. Masih bertiga. Amir pun dah besar darjah 3. Bapaknya jgn cite lah mcm di pam-pam. Janji bahagia..
    In Sha Allah dari semasa ke semasa aku akan update blog ni. Bukan apa untuk tatapan aku dan mungkin anak cucu di hari tua nanti. Sekarang dah advance kan, mana ada update diari. Semua main online. FB, blog dsb.
 

Monday, February 6, 2012

Tinjau-tinjau Chalet Mr Os

Semasa aku ke Kuala Kangsar sempena cuti Maulud Nabi yang lepas, aku sempat singgah ke Chalet Mr Os di Kg kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Nama Chalet tu ialah Chalet D' Kampung kepunyaan Mr Os dan adik beradiknya. Rumah yang ada kat situ semuanya ada 8 buah yang diberi nama sempena kesemua adik beradik Mr Os. Konsepnya penginapan ala kampung. Semasa disoal selidik En Ahmad Sabki- Pengurus Chalet(anak saudara Mr Os), penginapan kat situ semuanya sebenarnya kepunyaan setiap adik beradik Mr Os. Tujuan utama ialah untuk kemudahan adik beradik kalau balik semasa musim cuti atau perayaan. Tetapi dalam masa yang sama juga ianya boleh menerima tetamu yang nak menginap jika pada masa itu tiada adik beradik Mr Os yang menginap. Senang cerita kalau masa cuti panjang atau raya memang hanya untuk famili Mr Os sahaja.
Bayaran untuk menginap pun berpatutan lebih kurang rm 80 je semalam. Kalau kena masanya dan musimnya dapat merasa buah-buahan yang ada di sekitarchalet tersebut.


Wakaf yang disediakan khas untuk tempat bersantai pengunjung.

Kelihatan rumah yang ada tanki diatasnya tu ialah rumah pam untuk kolam renang. Saiz kolam renang tu memang sesuai untuk anak-anak sahaja.

Salah satu chalet yang terdapat disitu.


Lawatan ke Kuala Kangsar

Selepas kami beredar dari Kg Padang Asam, destinasi yang aku tuju ialah kawasan lembah dekat Sungai Perak. Tempat tu memang menarik tambahan kalau cuti-cuti Malaysia mcm hari ni. Ramai orang. Tapi tujuan utama aku ke sana ialah nak carik pau yang best tu. Tapi sebelum beli pau, kami (aku, mak, mak mertua dan Amir) menjamu selera kat kedai makan yang berdekatan kawasan sungai tu. Lepas makan apa lagi terus tuju kedai jual pau tu,tapi...... habis pulak paunya. Baru jam 1 tengahari tapi dah habis?! Buat le banyak2 dah tau orang ramai. Apadaa... Pau dia memang sedap, mcm2 perasa ada. Tapi dah takde rezeki, mungkin lain kali kot. Akhirnya kami layan pemandangan tepi Sungai Perak jelah.

Kelihatan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menghubungkan Sayong dan pekan Kuala Kangsar. Kalau sebelum jambatan ni siap, semua guna sampan je kalau nak ke seberang. Agaknya dah 10 tahun jambatan ni siap.

Amir bergambar depan salah satu waqaf yang disediakan.

Begambar pulak berlatarbelakang jeti.

Gambar kami berempat atas jeti.

Akibat tak dapat membeli pau, maka aku membeli laksa kuala. Nasib baik sedap, kalau tak mesti bertamba frust.

Pengubahsuaian Rumah Opah Kg Padang Asam

Hari ni aku pergi ke Kg Padang Assam (rumah arwah Opah) untuk jenguk rumah yang dah lama tak berpenghuni tu. Berita baik yang aku terima rumah tu akan di ambil oleh Mak Teh dan akan di renovate. Bentuknya lebih kurang sama cuma bahagian dapur akan dipecahkan dan dibuat lain. Setakat yang aku pergi tadi memang tak nampak lagi rupanya sebab masih dalam proses awal. Cuma bahagian rumah atas je tak diusik. Bahagian atas cuma direndahkan dengan alasan tak tinggi sangat. Senang untuk orang2 tua naik.

Rupa bahagian depan rumah yang telah direndahkan sebanyak 2 kaki. Kalau dulu kereta senang boleh masuk bawah rumah.

Bahagian tepi rumah. Kelihatan dapur dah dilebarkan kebahagian tepi. Mungkin ada penambahan bilik kat kawasan dapur.

Bahagian belakang dapur yang dah dirobohkan sama sekali.

Last sekali sebelum balik Amir ajak meninjau kawasan sungai. Dia pernah pergi kawasan sungai ni, tu yang dia ajak pergi tengok. Dah cetek sangat airnya.. tak best untuk mandi dah.

Wednesday, February 1, 2012

Amir Sing

Sebelum tido malam ni, Amir tetiba je nyanyi satu lagu. Tak pernah dengar pulak lagu tu. Good Morning nama lagu tu. Selalunya lagu che ahmad atau mana kucing. So aku suruh dia nyanyi lagi dan terus rakamkan. Nilah hasilnya yang tak sampai 15 saat pun nyanyi. Bolehlah..

Aktiviti di Hari Wilayah

Hari ni takde apa sangat aktiviti nak dibuat. Sempena cuti Hari Wilayah ni aku ingat nak gi kedai moto je. Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah. Gayanya macam nak gi kerja tapi terus ke Taman Metropolitan Kepong. Berlari mengeluarkan peluh dengan member nama Jelai. Sempat buat seround je sebab kalau nak sampai 2nd round takut jem pulak kaki lenguh. So abis je dari jogging, terus gi sarapan. Makan bihun dgn telor je. Dah settle bab makan, gi ke Jalan Ipoh.
Mulanya nak tampal je tayar motor yang dah bocor tu. Tapi bila dah sampai sana terus tertukar baru pulak. Tayar tu pun memang dah dekat nak botak. Rasanya boleh lagi kalau takat 1000km, tapi apa-apapun safety first. Kalau sayang takat beberapa puluh tapi risiko besar atas jalan raya baik tak payah. Tayar yang ditukar jenis Duro untuk belakang. Jumlah RM 95 siap pasang kat Kedai KS Motor Jalan Ipoh.Kedainya memang macam kampung sikit, tapi ramai brother superbike yang antar kat situ. Mungkin sebab dia bagus kot. Semua motor dia layan repair. Waktu aku pergi tu ada Honda C70 hinggakan Honda CBR 1000.

Kedai KS Motor Jalan Ipoh, KL

Berbunga lebat lagi. Mampu bertahan lagi 10k - 12k lagi kot. Tu pun kalau tak lenjan sangat.