Blog Skin

Monday, November 22, 2010

Kampung Chemor Holiday

Sempena cuti hujung minggu dan dalam mood raya haji minggu lepas, kami balik ke kampung di Chemor. Atok dan opah sebelah Chemor dah rindu sangat nak tgk cucunya yang sorang tu. Kami balik kampung hari Jumaat lepas kerja. Sampai kampung dalam jam 9 malam. Hiway tak jem sebab orang dah balik awal sempena raya haji.

Reban arnab. Atok dah ada peliharaan baru. Bela arnab pulak. Katanya boleh dijual sekor dalam RM 30. Oklah tu asalkan bahagia. Amir pun bukan main le bagi arnab tu makan.Mula2 takut tapi lepas 2-3 kali bagi makan dah ok.


Amir tengah memijak batu refleksologi. Atok yang buatnya sendiri. Kosnya tak sampai RM 100. Kalau kat KL beli mau cecah RM 200-300.

Amir menolong Opah dan Atoknya kutip buah jambu kat luar pagar rumah. Tolong tengok jelah..

Sama le ni, tengah tolong tengok Pak Long kutip jambu yang dah masak.

Menjelang tengahari pulak kami ke kawasan perkelahan Ulu Chepor untuk makan tengahari. Kira berkelah jugak le tu. Amir je mandi dengan riangnya sampai tak nak naik.

Mak dengan wife tengah menyediakan makanan.

Amir tengah tekun membaca komik Upin dan Ipin yang Atuk beli.

Aktiviti mengenyangkan perut. Menunya lauk sotong, ayam dan kari ikan.

Amir tengah syok mandi manda sambil Atok menjaga.

Lepas berkelah kat Ulu Chepor, kami singgah jap ke kilang pasu dekat je ngan kampung. Dalam 2-3km je dari rumah. Kilang tu rupa memang macam baru lepas kena tsunami, tapi banyak pasu2 yang cantik dan murah.

Antara pasu2nya. Kalau standard macam ni kat KL mau RM 60 satu. Tapi kat kilang tu dalam RM 25 je satu.

Ala2 bali pun ada.

Dah kelabu mata. mana nnak pilih?

Macam2 bentuk pasu ada. Pemandangan dari belakang kilang.

Inilah hasilnya yang berjaya dibeli. Kosnya hanya RM 55. Kalau kat KL confirm rm 100 keatas.

Sebelah malamnya pulak lepas shopping kat Jusco Ipoh kami lepak kt Secret Recipe Jusco. Amir nk sgt mkn kek. Sekarang dah pandai demand nak makan Secret Recipe je, kalau takat kek kedai biasa tak makan. Tinggi betul taste..

Lepas makan kek, kami bawak Amir main kete mainan. 2-3 kali le dia main. Takpelah janji dia seronok balik kampung. Kalau terperuk kat rumah je bosan jugak dia tu.

Perabot Dah Sampai

Akhirnya perabot dari Cavenzi sampai jugak. Cerita pasal Cavenzi ni sebenarnya kami dah tawar hati nak beli kat Cavenzi lagi sebab rupanya indah khabar dari rupa. Namanya mmg macam barang Italy tapi made in Balakong je. Tak kisah sangat buatan mana janji tahan. Lepas kami beli baru kami tau yang banyak customer dah merungut pasal barang Cavenzi ni (search dalam internet). Silap kami jugak sebab tak tgk dalam internet dulu. Dari 10 org pasti 8 akan komen negatif. Agaknya betul la kot. Anyway barang pun dah beli, terima dan harap perabot kami tahan lama jelah. Kat Cavenzi ni banyak jugak kami ambik dari set meja makan, sofa, coffee table, set bilik tidur dan kerusi malas untuk aku bermalas-malasan depan tv.

Sofa baru sampai. Amir tengah terkinja2, teruja dan apa ter lagi. Memang dah tak boleh duduk diam berlari kesana dan kesini.

Sofa yang dah siap disusun atur. Nampak memang cantik, harap tahan lama.

Set meja makan 8 seaters. Puas hati sebab meja makan kami dulu kalau 5 orang dah tak muat. Ni kalau ada family datang dapat makan sekali.
Apa yang dirisaukan dah jadi. Masa pekerja Cavenzi tu pasang dan test kerusi makan tetiba je patah. Nasib baik dia yang test, kalau kami yang test lepas dia balik alamatnya meja makan jadi 7 seaters jelah.

Pekerja Cavenzi tengah wrap balik kerusi yang patah untuk hantar balik ke kilang. Dia kata dalam seminggu kerusi baru akan dihantar. Tunggu dan lihat jelah.

Kelihatan tilam king size tengah dibawa turun. Tilam tu pocket spring dan berat bangatt..Tapi memang puas hati sebab luas. Kalau setakat nak tidur 3 org dewasa pun selesa lagi. Saja aku pilih king size sebab katil queen size kecik untuk aku, wife dan Amir.


Sambutan Hari Raya Aidiladha 2010

Hari Raya Haji tahun 2010 ni agak lain sebab dapat beraya di rumah baru. Walaupun tak lengkap lagi rumah tu tapi peralatan asas dah ada macam sofa, tv, set makan dan dapur. Sempena raya hari tu kami tak balik kampung sebab aku kena attend Hari Raya Perdana TD kat Kem Sungai Besi. Adik beradik wife pun tak balik kampung masing2, jadi kami ambil keputusan untuk gather kat rumah baru Taman Garing je. Meriah jugak le sebab wife masak soto, nasik himpit dan rendang. Lemang pun ada kami beli on the way ke rumah kat tepi jalan.

Amir dan Uyun tengah bersembang-sembang. Apa yang disembang kan ntah..

Wife tengah main2 dengan Qaleysa, adik Uyun. Macam nak adik Amir je...

Friday, November 19, 2010

Dekorasi Laman

Kalau nak masuk rumah baru, antara perkara utama yang kena touch up ialah dekorasi laman. Nak buat dekorasi yang cantik kena pakai consultant. Dah nama pun consultant upahnya pun tinggi le. Tu belum masuk barang2 lagi. Last2 kami decide guna kepakaran sendiri je berdasarkan buku2 dan laman2 web ttg dekorasi laman. Murah tapi tak berapa nak cantik.

Ni kat kedai gardening area Sungai Buloh. Bekas tapak Hospital Kusta Sg Buloh. Kawasan ni memang banyak pilihan. Kalau banyak duit makin cantik le laman.. Kat sini kami beli 4-5 jenis pokok jugak untuk ditanam.

Tengah membuat pembayaran dengan Indon kat situ. Semua pekerjanya Indon dan Bangla je. Tokey nursery tak nampak pun.

Ni gambar wife tengah buat deko dengan mak mertua. Ingat tanah lapang tu nak letak rumput karpet tapi mahal pulak. So kita org hold dulu nak beli rumput tu. Kami letak benda2 mcm pasu, pokok bunga dan simen yang berbatu utk senaman kaki.

Rupa bentuk laman setelah ditarah semua rumput. Tanah memang jenis subur jadi rumput cepat nak tumbuh. Lalang pun tak ketinggalan cepatnya. Kelihatan yang pakai baju merah tu tukang bersih laman kami. Dia tukang angkat tanah2 lebih dan rumput kering je. Kebetulan dia lalu depan rumah. Upah je RM 60..

Ni adalah idea wife. Ikutkan jelah..

Dan hasilnya....kalau ada rumput karpet mesti lagi cantik kan?

Monday, November 8, 2010

FB Facebook Muka Buku

This is a full article(not modified even a nimble) taken from JustKhai Blog. Full credit is given to the corresponding owner. I’m reposting this entry for myself and my friends so we could remember that not everything can/should be share in Facebook.

Sekarang ni semua orang pun ada Facebook. Yang muda, yang tua, yang budak-budak dan yang dah berumur bagai telur dihujung tanduk pun, tak lepas peluang untuk merasai kenikmatan ber’facebook. Well, itu hak sesiapa sahaja dan langsung tiada masalah langsung pada sesiapa sahaja. Cuma yang jadi masalah, bila ramai yang bercerai-berai dek kerana Facebook. Tu belum story kes baru-baru ni bila budak kene belasah kawan-kawan kerana dituduh memecah masuk akaun Facebook kawan dia. Macam haram je perangai. hahahaha.

So ambil sedikit masa korang untuk baca bingkisan di bawah. Tinggi pengisian dia memberi kita kesedaran mengenai bahana Facebook dan sejauh mana boleh dan tidak boleh pabila kita menggunakan Facebook.

“Biarlah Mama sendiri mengharunginya demi anak-anak Mama.”

Sekiranya anda terbaca komen sebegini di atas dinding Facebook rakan anda, tentu sekali banyak persoalan yang ingin anda ajukan. Kenapa? Apakah yang terjadi? Dalam waktu yang sama mendesak, “Ceritalah!!”.

Maka, andaian-andaian liar mula tercetus di minda pembaca sedangkan bagi tuan punya akaun, ia hanyalah sekadar luahan hati. Satu ayat tidak mungkin memberi kesan apa-apa.

Bagaimana pula kalau anda lihat komen sebegini:

“Kalau nak sangat yang lebih muda, go ahead!!!!”

Kontroversi bukan?

“Susah kawin dengan orang gaji kecik ni.”

Hmm…. Tak patut cakap begitu.

“Benci bila my Hubby cakap I gemuk, dia pun sama je boroi.”

Kutuk mengutuk sesama sendiri pun sering dilihat di ruangan komen di Facebook.

Pengguna Facebook rata-rata menulis apa sahaja di dinding sendiri kerana bagi mereka ia merupakan ruang peribadi mereka di alam maya dan pendapat atau luahan yang diluahkan di situ hanyalah mengikut rentak dan citarasa mereka sendiri.

Aku punya Facebook, aku punya sukalah! Kegagalan untuk mengenali gelanggang media sosial ini sebagai satu komuniti menjadikan kelakuan ini amat berisiko sekali.

Fenomena Facebook semakin popular di zaman kini sehinggakan anak yang baru bersekolah rendah sudah mempunyai akaun dan datuk yang sudah berusia pun tidak mahu ketinggalan. Media sosial ini semakin menular ke dalam masyarakat; disamping memberi impak positif, fenomena ini juga tidak kurang memudaratkan jika pengguna tidak berhati-hati dalam menggunakan medium itu untuk meluahkan perasaan hati sendiri.

Seringkali pengguna Facebook gemar menulis apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan mereka di gelanggang tersebut tanpa mengira sama ada ia perkara remeh mahu pun yang penting.

“Murtabak tadi sedap sungguh”; penting ke maklumat ini kepada umum?

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, Amin…”; tidak kurang juga ada di antara pengguna yang berdoa di Facebook. Namun apabila kisah rumahtangga didedah untuk tontonan umum, ia mengundang pelbagai reaksi spontan yang bakal menjadi barah seperti ungkapan “tikus membaiki labu”.

Amat mudah bagi mereka di luar sana untuk menilai dan melontarkan reaksi tanpa mengambilkira kesannya kepada perhubungan yang sedang meruncing. Boleh dikatakan semua pengguna Facebook mendambakan perhatian dan kehadiran banyak komen kepada luahan hati yang ditulis akan menjadikan perkara kecil semakin membesar.

Setiap ahli keluarga bertanggungjawab menjaga kerukunan rumahtangga dengan tidak menceritakan apa yang terjadi di dalam rumah sendiri kepada sesiapa pun.

Lantas, menulis ‘luahan hati’ di dinding umpama menebuk lubang di dinding rumah sendiri agar dapat diintai orang luar. Satu ayat yang kontroversi mengundang pelbagai andaian daripada komuniti Facebook dan apabila didesak oleh teman-teman, masalah yang mula-mulanya tidak diketahui ramai mula diceritakan sedikit demi sedikit.

Fikir dengan teliti sebelum meluahkan isu peribadi kepada umum. Ada di kalangan rakan-rakan kita juga merupakan rakan suami atau isteri kita sendiri dan menceritakan kisah peribadi hanya mengaibkan pasangan sendiri.

Halang diri untuk meluahkan perasaan di Facebook ketika perasaan amarah sedang membara kerana tiada siapa yang untung kesan daripada perbuatan tersebut.

Simpanlah rahsia keluarga dan rumahtangga di tempat yang selamat, jangan digantung di dinding Facebook untuk tontonan umum dan akhirnya merosakkan perhubungan.

Jika anda seorang rakan yang melihat perkara ini berlaku, jalankan peranan anda dengan menasihatkan rakan agar memberhentikan tindakannya itu. Mungkin bagi si pengguna, hanya dia dan komputer riba atau telefon bimbit, realitinya, sekali tulis begitu ramai mata yang membaca dan mereka sedang menilai kehidupan anda di luar sana.

Beringatlah!

Itu baru soal status. Belum story pasal gambar dan segala detail yang lain. Ingat lagi tak kes perempuan kena bunuh sebab dia tulis address penuh kat Profile? Bila ada lelaki ni ajak jumpa tapi dia taknak. At last, lelaki tu sendiri pergi rumah dia, rogol se’das dua then bunuh. Tak ke mati sia-sia dek kerana Facebook tu.

Gambar pulak, kalau boleh satu dunia korang nak kasi tunjuk. Kononnya koranglah paling bahagia dengan kekasih, dengan suami dan sebagainya. Bukan tak boleh upload. Upload sikit sikit sudah. Ini satu album sampai 200 gambar korang main peluk-peluk dan romen-romen. Ape kejadahnya? Nak tunjuk dekat siapa? Nak bangga dengan siapa?

Korang nak marah kekasih dan suami/isteri pun, takkan dekat Facebook? Hal rumahtangga pun nak canang satu dunia ke? Nak suruh kawan-kawan baca? Tak tahu malu betul orang-orang kita zaman sekarang ni ye?


Tak kurang juga status lonely dan kegersangan, habis satu dunia korang nak cerita yang lesbian ajak korang main. chet!

So itu sahajalah. Kalau kita bahagia dan rasa ingin berkongsi di Facebook, kita kena ingat mungkin hanya 40% sahaja di Facebook itu yang tersenyum melihat kebahagian kita. Lagi 60% mungkin akan timbul hasad dengki sebab si pendengki ni loser dan tak pernah merasa kebahagiaan yang kita kecapi. So sentiasa kena beringat. Harga sebuah kebahagiaan tu tak terletak di Facebook. Cukuplah kita dan pasangan yang merasai’nya. Jangan jadikan Facebook tempat melempiaskan kesakitan dan kesengsaraan korang. Nak berkongsi, cari sahabat baik dan cerita 4 mata. Di Facebook tu, lagi ramai yang mengapi-api’kan berbanding yang menasihati.

Khai tulis ni pun lebih kepada berpesan pada diri Khai sendiri. Untuk itu, sama-samalah kita renung-renungkan dan selamat beramal. Ingat, orang yang bijak mengambil peluang, akan menggunakan Facebook lebih kepada marketing atau mencari sahabat-sahabat lama. Yang kurang bijak akan mengambil risiko mencari sahabat & kekasih baru. Tersilap langkah, tergadai diri. Teehee!

Psttt: Lagi satu korang kena ingat, even korang private’kan album atau gambar pun, memang orang tak boleh masuk. Tapi gambar korang tu still dapat di’lihat pada bila-bila masa sahaja oleh “orang-orang” Facebook. So siapa yang bebal sangat pergi upload gambar seksi-seksi dan bogel segala tu, pergila buang balik. Jangan nanti gambar dah tersebar sampai orang gelar “ratu porn”, baru nak menangis tak berlagu. Betul tak?

Kerja Pembersihan dan Mencantikkan Rumah Baru

Nak masuk rumah baru ni mestilah nak kena buat kerja2 pembersihan sikit kan? Bersihkan lalang2 dan kayu2 dari kerja pengubahsuaian rumah. Takut nanti budak2 main terpijak kaca, paku dsbnya. Semangat rumah baru ni lain sikit, rajinnya kalau boleh satu rumah nak di hilangkan habuk.

Mak mertua dengan wife tengah mencangkul apa yang patut kat laman kami yang dah semak. Tanahnya memang subur, kalau tanam pokok atau sayur2 memang boleh tumbuh. Tapi kami ingat nak tanam rumput karpet je. Hujung tanah kat pagar dawai tu kami cadang nak tanam serai, cabai dsbnya. Tak payah le nak beli benda2 harian tu.

Keadaan dalam rumah yang dah dicuci. Amir apa lagi bukan main suka dia sebab boleh berlari2. Tempat pun luas sebab takde perabot lagi.

Nak Cari Langsir..Nak Cari Langsir

Dah nak masuk rumah baru, mesti la ada langsir baru kan? Ukuran tingkap rumah baru pun dah lain...jadi nak tak nak kena la jugak carik baru.

Wife dengan mertua tengah tengok-tengok langsir kat Nagoya Carrefour Wangsa Maju. Memang banyak pilihan tapi yang ready made tak ngan pulak dengan tingkap kami. Kena custom made jugak.

Dalam proses memilih tu Amir pun sibuk jugak. Sibuk main selit-selit dalam kain yang ada kat kedai tu. Risau hilang je.

Thursday, November 4, 2010

Peralatan Rumah Baru

Sempena nak masuk rumah baru ni, beberapa benda untuk rumah tu dah jadi baru..(maknanya beli lain le). Sebab yang lama dah uzur atau tak berapa nak releven dgn rumah baru. Contoh barang@peralatan rumah yang baru dibeli adalah:

Water heater. Kami beli baru sebab sebelum ni rumah mmg takde heater. Kalau bagi aku tak payah heater pun ok. Tapi dah wife nak.. Jenama yang kami beli BeeBest siap dengan pump. Made in Malaysia tapi dia punya kualiti setanding Joven. Memang banyak kali dah survey, BeeBest antara terbaik. Kami beli ada pump sebab takut kat rumah baru tekanan rendah, so be prepared.

Ni porch lamp yang kami beli kat kedai lampu Rawang. Mula2 kami bajet nak beli bentuk yang bujur sikit, tapi bila tengok porch lamp jiran sama la pulak. So kami beli la yang bentuk petak ni. Ok jugak le.

Ni pulak lampu pagar rumah kami. Lampu ni dibeli kontraktor renovation kami, termasuk dalam quotation price. Tapi kecik sikit, macam goblet atas meja, nampak kecik sangat. Nanti kalau ada modal ingat nak tukar yang elegan sikit.

Ni gambar tokey kedai air cond tengah pasang air cond. Bertebuk le dinding rumah.Takpe janji bilik ada air cond. Tak le panas je malam2. Jenama Hitachi.

Lampu hiasan untuk ruang tamu. Nampak cantik tapi practically kurang sikit le. Sebab bila malam lampunya nampak kuning. Sakit mata memandang.

Lampu ruang makan. Nampak cantik dan praktikal.

Lampu dapur. Biasa je, just nak nampak kelainan dari lampu kalimantang biasa. Ada nampak macam kayu kat body dia.

Ni pulak TV LCD Full HD 42" jenama Philip. Harga RM 2k. Sekarang tv lcd dah murah sebab tv led nak keluar ganti lcd. Memang besar dan puas hati dengan kauliti gambar.