Blog Skin

Saturday, May 8, 2010

Cuti2 Malaysia - Langkawi 2010

Langkawi - masuk visit ni dah 2 kali kami kesana. 1st dulu waktu honeymoon...sekarang lepas 4 tahun kami datang lagi dengan Amir Syafiq. Dia pun dah pandai nak jalan2 makan angin. Kami sekeluarga bertolak ke Jeti Kuala Perlis pada 3 Mei 2010 (Isnin). Aku ambik cuti seminggu, puas hati nak bercuti. Sebenarnya saja je kami naik kereta. Kalau nak ikutkan memang la memenatkan driving 500km@6 jam perjalanan. Tapi pengalaman travelling tu yang best. Lagipun lepas Langkawi kami cadang ke Padang Besar. Tu pasai kami park kereta kat Jeti Kuala Perlis, dekat sikit nak ke Padang Besar. Dari Kuala Perlis ke Padang Besar lebih kurang 45km je.

Kami naik feri di Jeti Kuala Perlis. Sejam jugak le ambik masa dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Kalau naik dari Kuala Kedah atau Penang mesti lg lama. Tambang dewasa RM 18 je, so kalau 2 org RM36. Tapi kalau kena ejen yg ok dapat le murah RM2-3, budak2 pulak tak kira tambang. Tapi rasanya kalau masa hari cuti mesti lain cerita.

Amir Syafiq dan Mama baru turun dari feri. Ni tgh excited...yelah baru sampai tempat baru.

Baru sampai ke Hotel Aseania. Check in pun dah maghrib, terlewat sikit sebab kami bertolak dari KL pun lewat. Anyway check in takde masalah sebab kami beli siap2 pakej ngan ejen yang kat jeti. Siap kereta, Island Hopping, Cable Car dan Waterworld. Dapatle murah seringgit dua. Kira ok laa. Bilik dapat rate RM 138 satu malam. Kalau harga kat hotel RM 150. Kami ambik 4 hari 3 malam. Amir sampai bosan dok hotel. Dia kata taknak pergi rumah cantik. Rumah cantik tu hotel maksud dia.
Amir bergambar depan aquarium besar kat Waterworld. Kat belakang dia tu ikan buaya. Gar Fish rasanya nama menatang tu.
Amir bergambar dengan penguin besar. Dulu masa kami honeymoon, kami berdua dah bergambar kat sini. Sekarang turn Amir lak bergambar situ.
Amir bergambar dengan penguin lagi. Banyak betul penguin kali ni. Masa kami pergi dulu tak ramai sangat macam ni. Dah beranak pinak kot dia orang ni.
Berposing dgn Amir dekat taman dalam waterworld ni.
Taman yang ada kolam ikan koi. banyak ikan dan tamannya pun cantik.
Salah satu spesies ikan yang ada dalam Waterworld Langkawi. Tengok mukanya pun macam gangster. Lupa dah apa nama ikan tu.
Obor2 berenang dalam air. Memang cantik sebab ditambahkan lagi dengan pencahayaan yang menarik.
Amir begambar kat tepi ala jeti dalam Langkawi Mall. Yang penting ada udang kat belakang dia tu.
Mama dan Amir bergambar belakang helang gergasi kat Dataran Helang.
Ayah dan Amir lak berposing.
Amir sedang menggayakan life jacket. Ni on the way ke Tasik Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Seronok dia dapat naik bot.
Setibanya di Tasik Dayang Bunting. Beg sandang tu saja letak kat depan sebab nak kena ragut dengan monyet2 yang dah menunggu sekitar jeti. Sekarang ni monyet2 dah bertambah agresif. Kalau nampak bawak plastik atau beg mcm ada makanan, mesti kena cekau dengan monyet.
Ceritera pasal Dayang Bunting. Entah ye ke idak..layann
2 orang tourist Jepun tgh best bagi keli makan kaki busuk depa. Kalau kena sengat dengan keli tu baru padan muka. Dah ada warning sign board yang bagi tau keli2 tu boleh menyengat, tapi Jepun tu gatai gak. Berani x bertempat.
Ni tengah naik bot kecik yang boleh naik 2 org dan sorang kanak2. Ada yang jenis kena kayuh dan ada yang jenis solar. Kami ambik solar le sebab dah letih berjalan dari jeti ke tasik tu. RM 30 je untuk 30 minit punya tawaf tasik. Tu kalau tengok muka dan baju memang tgh peluh gila. Semput jugak le naik turun bukit sambil dukung Amir.
Pemandangan indah di Tasik Dayang Bunting. Bukit yang bercantum tu kalau tengok dari pandangan udara sikit je lagi nak bercantum dengan laut. Kalau dipecahkan kawasan tu mesti dah takde Tasik Dayang Bunting sebab air masin akan masuk dalam tasik tu.
Inilah monyet2 yang agresif kat Jeti Tasik Dayang Bunting. Risau gak kalau tetiba je dia terkam kita. Dari anak monmyet yang cute tu sampai le ke atuk monyet yang muka macam nak makan orang.
Beberapa gambar kat area Pulau Beras Basah. Ni termasuk dalam trip Island Hop In. Takde apa sangat kat pulau ni. Sejam lebih jugak le kami lepas kat pulau tu sementara nak tunggu bot kami datang.

Bergambar kat Jetty. Banyak kapal layar berlabuh kat situ.Dari oversea dan tempatan.


Kereta kabel yang diguna untuk naik atas gunung.


Peace dengan Amir.

Pemandangan Langkawi dari atas Gunung Mat Cinchang.

Salah satu tempat untuk bergambar.

Pada ketinggian 705 meter dari aras laut.sayup je bawah tu.

On the way kami nak balik ke KL kami singgah dulu kat tepi jalan. Beli mempelam, tapi x sedap pun pelam tu. Saja je nak rasa.