Blog Skin

Friday, January 6, 2012

Amir ke Smart Reader Kids

Smart Reader Kids tempat Amir belajar.


Pagi hari pertama sebelum nak melapor diri kat Smart Reader. Minum susu dulu

Peace and Milk.


Sebagai ganjaran Amir ke sekolah utk hari pertama, layan Amir makan KFC dulu sebelum balik rumah. Dia nak mainan Ben 10 dlm Chicky Meal.

Ben 10 berkalender.

Saturday, December 31, 2011

Berkelah di Serendah Waterfall

Bersempena hari minggu, aku dan ipar duai serta mak mertua semuanya gi berkelah kat Serendah. Kawasan tu dekat je dengan rumah.10 minit dah boleh sampai.Kawasan tu masuk kedalam kawasan kampung orang ori (asli).Kami bertolak seawal 8 pagi sebab kalau lewat2 nanti tempat untuk port dikebas orang. Maklumlah musim cuti sekolah. Kami berkonvoi 3 biji kereta. Yelah masing2 dari rumah takkan nak tumpang kereta orang lain.

Gambar panorama kawasan perkelahan Air Terjun Serendah.


Acara Potong Kek Birthday.

Sebelum apa2, layout dulu bahan makanan yang dibawa. Tapi makan kemudian...mandi dulu.

Qalisya sedang didukung Acik. Masa ni dia belum mandi dan baru bangkit tido.

Sampai seawal jam 830 pagi jadi masing2 tak mandi dari rumah.simpan untuk mandi kat sungai je. Kalau perasan kat gambar diatas ada sekali kek chocholate mocha. Kek tu untuk celebrate hari jadi ibu mertuaku. Ipar aku bernama Jimah yang belikan kat Tesco Rawang.

Sesi mengadap sarapan pagi.

Amir berposing dengan baju Angry Birds.

Aku nak bergambar jugak.

Amir yang pertama merasmikan mandi. Dia kata nak mandi kolam (sungai).

Video Amir dan Uyun mandi sungai.

Uyun dan Ica dimandikan ayahnya.

Peace

Ica menunjukkan tag harga baju angry birds kakaknya.

Uyun makan nasik lemak sardin. Setelah penat mandi manda, perut pun lapar.

Amir pun lapar.Tapi dia makan roti je. Makan nasik ada le sejemput.

Bergaya dalam kereta baru. Dah siap2 nak balik.

Kami balik dalam jam 1030. Selepas puas mandi dan makan. Memang best sekali sekala berkelah sambil release tension ni. Kebetulan tempat berkelah pun dekat je dari rumah.So tak yah drive jauh2. Lain kali datang lagi..

Baju Smart Reader Kids.

Macam mana pulak ada entry pasal smart reader pulak ni? Saja je sebab lepas berkelah tu, pihak Smart Reader call aku untuk ambik baju Amir. Dari Serendah tu terus aku ke pejabat dia kat Taman Jati Rawang. Amir akan mula sekolah 4 Jan 2012.

Atap Nipah Atap Genting

Rumah Taman Garing Permai yang aku duduk baru setahun dah mula buat hal.Rumah 2nd hand kot.Bukan buat hal apa tapi atapnya dah mula dimasuki air kalau hujan lebat. Aku agak air masuk melalui celah2 atap genting yang renggang sebab kena tiup angin kuat sangat. Kalau rumah kampung yang pakai atap nipah tu tahan je bertahun-tahun. Ni atap genting manja betul. Untuk memastikan samada teruk atau tak keadaan atap, aku panggil Indon bernama Ahmad yang rumahnya dekat dgn rumah aku untuk tengok ada apa dengan atap.

Indon sedang memeriksa atap.

Berjalan-jalan di atas bumbung mencari kalau ada yang renggang dan perlu ditukar.

Setelah diperiksa memang sah ada atap yang renggang.Bukannya renggang sebab apa tapi sealer antara atap tu dah mula terkopek. Jadi jalan penyelesaiannya hari Isnin ni Ahmad akan buang seal yang lama dan ganti dengan yang baru. Harap-harap lepas ni tak risau lagi kalau hujan lebat.

Friday, December 30, 2011

Antara Pagar vs Pegar dan Batuk vs Batok

Salam 1Malaysia! OK, ini adalah antara entry-entry terakhir tahun ni!

Today I’m going to talk about a rather important issue in Malay language; which is lost in translation of words from Jawi to Rumi.

Sewaktu menelaah Bukumuka sekejap tadi (takdelah sekejap, adalah dalam 3 jam yang lepas), saya terbaca status kawan kepada kenalan saya dari Brunei. Namanya Rashid Rahman Hassan. Nama panjang: Awang Haji Abdul Rashid bin Awang Haji Damit. Untuk yang tak tau, Rashid ialah pemenang tempat kedua Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2011 dekat PICC awal tahun ni, dan dia mewakili negara Brunei.

Ini ialah status dia yang saya printscreen dari facebook:

clip_image002

Agak menarik status dia! Tiada pagar makan padi. Tetapi burung pegar. Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

OK, saya terus mintak keizinan dia nak share, dan lepas je dia bagi kebenaran, terus saya copy paste letak dalam status saya, tapi saya tambah sikit:

clip_image004

Saya tambah bahagian batuk dalam status saya, atau sebenarnya batok. Daripada kecik lagi, saya selalu pelik kenapa “melepaskan batuk di tangga” tu bermaksud buat kerja separuh jalan?

Cikgu-cikgu Bahasa Melayu saya masa sekolah rendah pun takde explain lebih lanjut pasal apa batuk tu. Jadi saya assume maksudnya kita batuk dekat tangga. Tapi memang tak boleh relate, kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga ke, sendawa ke, menguap ke?

Masa sekolah menengah, barulah cikgu saya (tak ingat dah cikgu mana...) cakap yang sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok tu bermaksud batuk.

Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Macam lepas guna getah paip dalam tandas, tak letak hujung dia dekat pemegang lah lebih kurang. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

Inilah contoh batok tu ye kawan-kawan:

clip_image006

“Kau ada batok dekat rumah?

Untuk burung pegar pulak, saya cuba google gambar dia. Kemudian jumpa dekat wikipedia.

clip_image008

Namaku Si Pegar, bukan Pagar!

Ha, nilah contoh burung pegar, atau dalam Englishnya berbunyi ‘pheasant’. Saya pun letak gambar ni dekat facebook.

Dekat Malaysia rupanya kita panggil ayam pegar, dekat Indonesia pulak dipanggil burung pegar. Tapi ayam ke, burung ke; kedua-duanya bertepatanlah dengan peribahasa ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. OK, patutlah. Selama ni ingatkan pagar. Sebab tulah rasa pelik, kenapa pagar makan padi? Lagipun zaman dulu mana ada orang pagar sawah padi (ada ke? Rasa macam takde...).

Rupanya orang maksudkan pegar. Pegar ni digunakan macam burung hantu lah agaknya. Kawalan biologi untuk membunuh tikus dan serangga perosak dekat sawah padi. Tetapi ketika mengharap burung pegar ini tolong makan tikus dan serangga di sawah, burung pegar ni makan pulak padi. Dia mengkhianati kepercayaan tuan punya sawah untuk menjaga sawahnya daripada dimakan binatang perosak; dia sendiri jadi binatang perosak. Jadilah pepatah ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

Kepada yang membaca, marilah kita mula membetulkan persepsi orang tentang kesilapan-kesilapan terjemahan tulisan Jawi ke rumi. Disebabkan satu huruf je, maksudnya lari terus. Ramai orang yang tak tahu sebelum ni, (mungkin) termasuk cikgu-cikgu Bahasa Melayu.

So kita dah tahu ni, jom sama-sama sebarkan! Jangan biarkan kesilapan ni menghantui anak cucu kita! (ini adalah SERIUS!)

Thursday, December 29, 2011

Pernikahan Sepupu di Kampung Pengantin

Tanggal 10 Dis 2011 tempohari seorang lagi sepupu aku melangsungkan persandingan di Kampung Pengantin, KL. Kampung Pengantin memang terkenal tempat untuk para pengantin mengadakan majlis sanding dan sebagainya. Kalau time bulan puasa, majlis berbuka juga sering diadakan di situ.
Majlis persandingan tersebut berjalan dengan amat meriah. dengar cerita pun set pelamin je dah berpuluh ribu.Bertuah badan pengantin.Anyway congrats to the couple. Pengantin lelaki namanya Dzuljalali Izdihar sementara yang perempuan tak pasti pulak. Tak sempat nak bertemuramah.

Pasangan mempelai menuju ke pelamin.

Ahli keluarga sebelah pengantin lelaki bergambar kenangan. Aku dihujung sekali sebelah kanan.

Pasangan pengantin makan beradab.

Anak sepupu (Ikram) yang dah makin besar. Ikram juga adalah abang long kepada pengantin lelaki.

Pasangan mempelai di atas singgahsana pelamin.

Pasangan pengantin berjalan menuju ke tempat santapan.

Monday, November 22, 2010

Kampung Chemor Holiday

Sempena cuti hujung minggu dan dalam mood raya haji minggu lepas, kami balik ke kampung di Chemor. Atok dan opah sebelah Chemor dah rindu sangat nak tgk cucunya yang sorang tu. Kami balik kampung hari Jumaat lepas kerja. Sampai kampung dalam jam 9 malam. Hiway tak jem sebab orang dah balik awal sempena raya haji.

Reban arnab. Atok dah ada peliharaan baru. Bela arnab pulak. Katanya boleh dijual sekor dalam RM 30. Oklah tu asalkan bahagia. Amir pun bukan main le bagi arnab tu makan.Mula2 takut tapi lepas 2-3 kali bagi makan dah ok.


Amir tengah memijak batu refleksologi. Atok yang buatnya sendiri. Kosnya tak sampai RM 100. Kalau kat KL beli mau cecah RM 200-300.

Amir menolong Opah dan Atoknya kutip buah jambu kat luar pagar rumah. Tolong tengok jelah..

Sama le ni, tengah tolong tengok Pak Long kutip jambu yang dah masak.

Menjelang tengahari pulak kami ke kawasan perkelahan Ulu Chepor untuk makan tengahari. Kira berkelah jugak le tu. Amir je mandi dengan riangnya sampai tak nak naik.

Mak dengan wife tengah menyediakan makanan.

Amir tengah tekun membaca komik Upin dan Ipin yang Atuk beli.

Aktiviti mengenyangkan perut. Menunya lauk sotong, ayam dan kari ikan.

Amir tengah syok mandi manda sambil Atok menjaga.

Lepas berkelah kat Ulu Chepor, kami singgah jap ke kilang pasu dekat je ngan kampung. Dalam 2-3km je dari rumah. Kilang tu rupa memang macam baru lepas kena tsunami, tapi banyak pasu2 yang cantik dan murah.

Antara pasu2nya. Kalau standard macam ni kat KL mau RM 60 satu. Tapi kat kilang tu dalam RM 25 je satu.

Ala2 bali pun ada.

Dah kelabu mata. mana nnak pilih?

Macam2 bentuk pasu ada. Pemandangan dari belakang kilang.

Inilah hasilnya yang berjaya dibeli. Kosnya hanya RM 55. Kalau kat KL confirm rm 100 keatas.

Sebelah malamnya pulak lepas shopping kat Jusco Ipoh kami lepak kt Secret Recipe Jusco. Amir nk sgt mkn kek. Sekarang dah pandai demand nak makan Secret Recipe je, kalau takat kek kedai biasa tak makan. Tinggi betul taste..

Lepas makan kek, kami bawak Amir main kete mainan. 2-3 kali le dia main. Takpelah janji dia seronok balik kampung. Kalau terperuk kat rumah je bosan jugak dia tu.