Blog Skin

Sunday, January 29, 2012

Kembara Ke Bumi Melaka

Tarikh 28 Jan 2012 aku buat ride ke Melaka dengan member dari Senawang. Budak UUM jugak dulu bernama Azmi Shuib. Dia ajak untuk gi majlis kawan. Aku pun nak jugak pergi sebab ada kawan yang tak sihat kat Melaka tu. So sambil nyelam sambil minum coke la... Aku bertolak dari Rawang ke Senawang dalam jam 715 pagi dan sampai sejam kemudian kat tol Senawang. Azmi Shuib dah tunggu kat tol dari jam 8 pagi lagi. Kami berdua ride pakai motor masing2. Aku pakai SYM VTS 200 manakala dia pakai Modenas Elegen 150. Dua2 motor ni satu spesies jugak iaitu Scooter. Si Azmi ni ada motor Versys 650 tapi atas mengenangkan aku bawak VTS maka dia simpan je Versys kay rumah. Nanti tak terkejar pulak SYM atas hiway.

Aku baru sampai dari Rawang. Ni gambar di Tol Senawang.

Berehat dalam 5 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka.

Kami sampai Alor Gajah dalam sejam kemudian dan terus breakfast kat kedai makan kampung tepi jalan. Mula2 sampai memang terkejut sebab nampak ramai orang kawasan tu. ingatkan ada kenduri ke apa, rupa-rupanya semua tu customer kedai makan berkenaan. Ntah apa yang best, aku makan rasa sama je mcm kedai lain. Tahap kesedapan roti canai dia pulak kurang sedepa daripada roti canai mamak kat Rawang. Tapi mungkin jugak sebab kat situ macam2 ada. Dari bihun sup sampai le ke nasik ayam. Pagi2 dah ada nasik ayam..? Sebab tu kot orang ramai, ada pilihan.

Lepas makan je kami teruskan perjalanan ke rumah sahabat kami yang pertama bernama Chah. Chah ni adalah roomate si Azmi dan jugak kawan aku masa kat matrik Kolej Mara Kuala Nerang dan UUM. Kiranya aku kenal si Azmi ni pun sebab aku selalu lepak kat bilik si Chah ni dulu.

Berhenti kejap untuk call Chah.

Rumah member bernama Zoraidi Stota yang sakit akibat penyakit misteri aka buatan orang.

Singgah solat di Masjid Terapung Melaka.

Keadaan di rumah Chah. Yang berbaju jersi Malaysia tu kawan kami jugak yg kebetulan rumah kat tepi rumah Chah.

Roomate kat UUM yang berjaya jugak jumpa. Dari pagi sampai petang call tak dapat. Last2 dia call balik. Rupanya kerja sampai petang...hampeh. Dapat jumpa pun dah dekat Maghrib. Takpe janji dapat jumpa. Nama mamat ni Suria bin Abas aka Ulau. Bujang lagi sampai sekarang, tak tau le tunggu apa lagi.

Cowboy's Nite 41 Bti RAD

Tarikh 27 Jan 2012 yamg lepas kem tempat aku kerja anjurkan makan malam berkonsepkan aneka ragam.tapi konsepnya dah ditentukan iaitu gaya koboi@cowboy. So berduyun2 le yang buat persiapan 2 minggu lebih awal. Ada yang beli topi baru ala koboi, ada yang carik seluar rambu-rambu dan macam-macam lagilah. Aku pun tak ketinggalan menggayakan gaya koboi. Sebenarnya aku dah ada aksesori pakaian dan kasut koboi. Tu yang senang sikit. Semua benda2 tu aku dah ada sebab dulu2 mes tempat keje dah buat malam koboi ni. Masuk kali ni dah 3 kali aku jadik koboi Malaya.

Bergaya ala2 kat bangsal. Siap dengan makanan kuda-rumput kering lagi. Yang rambut panjang tu si Jelai. Dia punya kreatif siap buatkan rambut dari tali pemegang ammo box.

Sebelum acara dimulakan, sesi mandi bunga untuk anggota baru yang passing out. Sebahagian dari budaya anggota mes atau bilik bujang bagi menandakan dah cukup edah. 2 tahun jugak dia orang ni nak passing out bilik bujang lepas dari keluar rekrut.

Barisan kepimpinan Kem 41 Bti RAD @ koboi Sungai Buloh. Dari kanan Kapt Jelai-Ketua Trup, Kapt Mus-Ketua Trup, Lt kol Hashim - Ketua Bateri dan aku Bateri Kapten.

Posing tak hengat. Sekali sekala jadik koboi..

Koboi main mercun das dulu..

Gaya, mutu , keunggulan... koboi Melayu

Koboi2 dah lapar nak makan.

Sebelum Makan Kena Tinggalkan Pistol.

Koboi makan daging kambing dengan nasik briani...?

Koboi kekenyangan sambil mendengar hiburan live band.


Wednesday, January 11, 2012

Mari Membaca Buku Cerita Bersama Amir

Amir ni dah jadik amalan bila nak tido je nak dibacakan buku cerita pasal haiwan dan teladan. Asyik aku je baca,jadi lepas aku baca malam ni aku suruh pulak Amir baca.Apa hasilnya?Sama2 kita dengar dalam video dibawah.



Tuesday, January 10, 2012

Basikal Baru Untuk Mak

Hari ni aku belikan mak mertua aku basikal baru.Tak le baru keluar kedai tapi baru beli 2nd hand dari org lain. Condition ok lg dalam 70% cuma kena baiki brek belakang dan kasik basuh sikit sebab dah ada karat. Dah laam org tu tak guna so dia jual le. Harga jualan RM 100. Boleh la... senang sikit mak guna nak hantar Amir mengaji atau nak ke kedai belakang rumah.

Basikal baru. Baru beli dari tangan orang lain.

Kasi tukar tayar baru. Tayar lama dah keluar angin.

Tadi aku angkut bawak balik dari tempat keje guna kereta myvi. Muat2 je. Masa sampai rumah mak dah nampak dalam kete. Dia tanya sapa punya, "mak punya le.." dari reaksi mak macam suka siap kata boleh sampai ke depan nuu. Depan mana tak tau le,takkan sampai depan jalan besar kot.

Friday, January 6, 2012

Amir ke Smart Reader Kids

Smart Reader Kids tempat Amir belajar.


Pagi hari pertama sebelum nak melapor diri kat Smart Reader. Minum susu dulu

Peace and Milk.


Sebagai ganjaran Amir ke sekolah utk hari pertama, layan Amir makan KFC dulu sebelum balik rumah. Dia nak mainan Ben 10 dlm Chicky Meal.

Ben 10 berkalender.

Saturday, December 31, 2011

Berkelah di Serendah Waterfall

Bersempena hari minggu, aku dan ipar duai serta mak mertua semuanya gi berkelah kat Serendah. Kawasan tu dekat je dengan rumah.10 minit dah boleh sampai.Kawasan tu masuk kedalam kawasan kampung orang ori (asli).Kami bertolak seawal 8 pagi sebab kalau lewat2 nanti tempat untuk port dikebas orang. Maklumlah musim cuti sekolah. Kami berkonvoi 3 biji kereta. Yelah masing2 dari rumah takkan nak tumpang kereta orang lain.

Gambar panorama kawasan perkelahan Air Terjun Serendah.


Acara Potong Kek Birthday.

Sebelum apa2, layout dulu bahan makanan yang dibawa. Tapi makan kemudian...mandi dulu.

Qalisya sedang didukung Acik. Masa ni dia belum mandi dan baru bangkit tido.

Sampai seawal jam 830 pagi jadi masing2 tak mandi dari rumah.simpan untuk mandi kat sungai je. Kalau perasan kat gambar diatas ada sekali kek chocholate mocha. Kek tu untuk celebrate hari jadi ibu mertuaku. Ipar aku bernama Jimah yang belikan kat Tesco Rawang.

Sesi mengadap sarapan pagi.

Amir berposing dengan baju Angry Birds.

Aku nak bergambar jugak.

Amir yang pertama merasmikan mandi. Dia kata nak mandi kolam (sungai).

Video Amir dan Uyun mandi sungai.

Uyun dan Ica dimandikan ayahnya.

Peace

Ica menunjukkan tag harga baju angry birds kakaknya.

Uyun makan nasik lemak sardin. Setelah penat mandi manda, perut pun lapar.

Amir pun lapar.Tapi dia makan roti je. Makan nasik ada le sejemput.

Bergaya dalam kereta baru. Dah siap2 nak balik.

Kami balik dalam jam 1030. Selepas puas mandi dan makan. Memang best sekali sekala berkelah sambil release tension ni. Kebetulan tempat berkelah pun dekat je dari rumah.So tak yah drive jauh2. Lain kali datang lagi..

Baju Smart Reader Kids.

Macam mana pulak ada entry pasal smart reader pulak ni? Saja je sebab lepas berkelah tu, pihak Smart Reader call aku untuk ambik baju Amir. Dari Serendah tu terus aku ke pejabat dia kat Taman Jati Rawang. Amir akan mula sekolah 4 Jan 2012.

Atap Nipah Atap Genting

Rumah Taman Garing Permai yang aku duduk baru setahun dah mula buat hal.Rumah 2nd hand kot.Bukan buat hal apa tapi atapnya dah mula dimasuki air kalau hujan lebat. Aku agak air masuk melalui celah2 atap genting yang renggang sebab kena tiup angin kuat sangat. Kalau rumah kampung yang pakai atap nipah tu tahan je bertahun-tahun. Ni atap genting manja betul. Untuk memastikan samada teruk atau tak keadaan atap, aku panggil Indon bernama Ahmad yang rumahnya dekat dgn rumah aku untuk tengok ada apa dengan atap.

Indon sedang memeriksa atap.

Berjalan-jalan di atas bumbung mencari kalau ada yang renggang dan perlu ditukar.

Setelah diperiksa memang sah ada atap yang renggang.Bukannya renggang sebab apa tapi sealer antara atap tu dah mula terkopek. Jadi jalan penyelesaiannya hari Isnin ni Ahmad akan buang seal yang lama dan ganti dengan yang baru. Harap-harap lepas ni tak risau lagi kalau hujan lebat.