Blog Skin

Tuesday, April 20, 2010

Lawatan Amir Ke KL Bird Park (18 Apr 2010)

Bergambar bertiga sebelum jalan2 lg jauh dalam Bird Park ni. Takde orang nak tangkap, sendiri tangkap gambar la.

Amir dan Mama berposing tepi kolam buatan tepi entrance masuk.

Ni la rupanya tiket nak masuk KL Bird Park. Dewasa harganya RM 15, kalau kanak2 RM 6. Tapi kalau ada J Card dapat diskaun RM 2.50 utk dewasa. OK la tu yg penting diskaun. Tapi utk foreigner harganya lain..Dewasa RM 42 dan kanak2 RM 32. Banyak beza tu. Yelah, Malaysian bayar tax maa.. Tapi Amir hari tu tak payah bayar sebab masih bawah 3 tahun. Lagi seminggu lebih nak cukup 3 tahun.he..he..save

Gift Shop kat dalam Bird Park ni ada 2 buah. Kedua2nya terletak kat pintu exit park ni. Mmg strategik betul. Nak atau tak nak terpaksa gak masuk dalam gift shop ni. Bila dah terpandang mungkin terbeli. Hari tu aku beli topi dan magnet yag lekat kat peti ais. Saja untuk kenangan.

Ni burung jenis bangau kalau tak silap. Ntahle burung ni terbang bebas takde lak pakai name tag. Manalah aku nak kenal. Memang jinak, tapi jinak2 merpati le.

Ni sekor lagi spesis burung jinak. Merak kayangan.. selamba je jalan depan orang lalu lalang.

Burung merak tengah lepak2 kat pondok yang dibina untuk pengunjung. Tapi dia yang gi melepak. Abis tu orang taknak guna, so dia le yg take over. Letih agaknya berjalan2 kat park yang luas bangat. Luas KL Bird Park ni 21 ekar.

Sudut pertunjukkan oleh burung kakak tua. Macam2 show dia buat. Ramai jugak yg tengok, mmg menghiburkan sesuai untuk kanak2 dan dewasa.

Pemandangan air terjun buatan setinggi 30 kaki yang memang cantik. Siap ada gua lagi dibalik air terjun tu. Nama kawasan yang ada air terjun ni ialah Waterfall Aviary.

Rasa macam nak mandi je. Tapi airnya tak berapa berkhasiat, ikan boleh la mandi situ.

Air terjun macam kat gunung2 je. Padahal park ni kat tengah2 bandaraya KL. Bill Clinton pun pernah datang park ni dalam tahun 2008.

Gua kecik dibalik air terjun buatan. Mcm betul je.

Kalau tak silap ni burung kasawari rasanya. Macam burung dari planet mana-mana ntah.

Spesis kakak tua. Tengah sedap makan kuaci. Jinak dan terbang bebas. Dah tak takut dengan orang.


Amir dan mama dah penat. Singgah kat pondok usang dulu. Masa ni Amir dah mula buat hal. merengek nak ais krim. Padahal baru je lepas makan ais krim sampai kotor seluar. Dah pandai buat perangai degil.

Gagak albino. Putih satu badan dia.bijik mata je hitam, macam burung merpati je.
Amir khusyuk tengok burung.

Merak putih. Ni bukan albino, tapi memang warna dia putih.

Ni pulak merak yang berwarna-warni. Meriah le sikit dari merak putih..


Spesis burung kenyalang. Ni jenis yang kecik, Kalau jenis besar memang dah nak mcm manusia lebarnya. Kenyalang pun di biarkan terbang bebas. Tapi ada jugak yang dikurung untuk pengunjung tengok lebih dekat. Tapi kena hati2 gak menatang ni sebab tetiba je terbang rendah dan laju kat tepi kita. Silap2 boleh accident

Amir tengah melayan ikan2 yang berenang dekat kolam buatan. Ikan2 ni nampak lapar gila. Kalau letak jari mau di tokaknya jari. Nasib baik bukan piranha.

Saturday, April 17, 2010

P1 Wimax. Realiti atau Fantasi

disebabkan aku nak skype dengan wife aku kat UK tu, menyebabkan aku beralih kepada P1 Wimax. Kalau setakat pakai broadband Digi ke Celcom ke yang RM 50 - RM 70 sebulan tu memang akan mencabar tahap kesabaran. Pakej P1 Wimax yang aku langgan dengan bandwidth sebanyak 20GB sebulan bagi aku sudah cukup memadai. Setakat ini aku berasa puas hati dengan P1 Wimax.

Ketidakpuasan Hati

Sedang aku leka dengan keseronokan kehebatan “potong”, terdapat juga segelintir di antara pelanggan P1 Wimax yang berasa benci dan marah dengan perkhidmatan mereka. Bagi mereka, iklan “potong” yang bersepah-sepah disiarkan di kaca televisyen, radio dan akhbar hanyalah tipu dusta belaka.

Berikut merupakan di antara rungutan daripada pelanggan-pelanggan P1 Wimax yang kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan,

takyah laa register P1 Wimax ni , mcm taik servis , buat rugi duit saja , support teruk , servis mcm haram … awal2 aje ok pas tu buang duit …

Tidak cukup dengan itu,

service P1 sekarang teruk….. asyik disconect aje…. tu aku pakai outdoor modem…. kalau indoor lagilah hampeh

aku rasa iklan potong now to bukan potong streamyx tapi potong P1…

maxis broadband aku pun lagi laju dari p1 1.2Mbps aku nie…

P1 SUCKKKKKKK

Ada juga yang berkata,

google “wimax suck”
then u can see many comment on wimax…
my experience on wimax?
p1 Wimax totally crap…
poor connection…poor customer service..

Kesimpulannya biasa le kalau benda2 baru ni mmg ada kelemahannya. bagi peluang lepas ni mesti ok servisnya. RM 100 sebulan untuk kelajuan 4G ok apa??

Tikus oh tikus

Ini adalah gambar bangkai tikus yang baru mati kat rumah aku area sri gombak. memang besar, kalau buat lauk kiranya boleh buat lunch utk 2 org. memang dah tak boleh buat apa menatang ni. kalau bunuh pun dia punya pewaris akan datang lagi banyak. so kesudahannya asalkan dia tak masuk rumah dah cukup. kalau takat dia main2 kat depan tong sampah, pejam sebelah mata jelah. tapi bahaya gak sebab dia ni ada potensi nak masuk dalam enjin kereta dan gigit wayar2 dalam tu. jiran chinese sebelah rumah ni dah kena.kancil dia kena masuk workshop sebab abis wayar dalam enjin kena gigit tikus.

Lawatan Sambil Belajar Ke Zoo Negara

Amir tengah khusyuk tgk kambing. Dalam pikiran dia mesti tertanya2 apa kebendanya menatang berbulu dan bertanduk ni. Amir ni kalau benda2 pelik sikit dia takut. Tambah yang tak pernah dia tgk, bertanduk lak tu.









Kedua2 opah Amir ada sekali gi jejalan ke zoo dgn amir. Opah Chemor dan Opah Matang Kunda.













Masa untuk milk. Milk tu maksudnya nak menyusu in terms of Amir punya bahasa...Amir milk dengan bestnya sambil pakai spek hitam.












Amir dengan atuk chemor tgh tgk seladang. Ni pun Amir takut gak sebab badan dia berbulu dan besar. Nasib baik atuk dia pegang,kalau tak mesti dah lari ke Opahnya.

Pakar Selerak Barang

Ni gambar amir masa tengah menyelongkar dapur. Habis wayar2 dia selerakkan. skrang ni lg pakar dlm bab2 selerakkan rumah. kejap je kalau nak selerakkan brg mainan dia. huh...

Amir tengah celebrate birthdaynya yang ke2. Masa ni mama takde, ayah, ucu ngan opah je celebrate makan cake birthday. Kek tu dibeli kat Tesco Kuala Selangor.

Friday, April 16, 2010

Kelahiran My Hero

Ini adalah gambar Muhammad Amir Syafiq hari pertama, jam pertama dia di muka bumi tuhan ni. Aku tak dapat menyambut kelahirannya sebab sedang bertugas (operasi) masa tu. Sedih gak sebab wife aku sorang2 je kat hospital tanpa suami. Tapi nak buat mcm mana, kita ada tugas untuk negara. Amir dilahirkan sihat walafiat. Suka sangat aku sebab dah ada zuriat kat dunia ni. Lelaki pulak tu.

Kalau perhatikan gambar yang berbalut ni, ada kertas kecik atas kepala Amir. Org tua2 kata, tu utk tahan dia jgn bagi tersedu. Biasa le sebagai org muda ikut je, hmmmm...kalau logiknya boleh ke secebis kertas atasi masalah sedu budak2 ni?

Amir Syafiq tengah best tido dipangkuan mama dia


Apa tu?

Halus lagi ni. Baru seminggu lahir

Selamat Pengantin Baru Razman & Normala


Ini merupakan hari pertama blog mengenai famili aku dibuat. Kalau ikutkan mcm2 nak diceritakan. Biar perlahan2, nanti esok lusa boleh post lg apa2 cerita. Untuk hari ni aku tunjukkan gambar2 akad nikah dan persandingan aku dulu. Tarikh aku akad nikah ialah 29 Apr 2006. Kalau kira2 lagi seminggu lebih nak anniversary. Hmm...