Blog Skin

Thursday, September 16, 2010

Majlis Pertunangan Adik Ipar (M)

Tarikh 7 Ogos 2010 adik ipar aku si m selamat ditunangkan dengan pasangannya bernama cik wan(tak tau le aku nama penuh wan tu). Majlis tunang diadakan di rumah sewa m si m kat area taman equiene. kenapa tak buat kat kampung, sebab nak mudahkan belah lelaki. Parents lelaki dok kat Putrajaya, tak jauh sangat kalau nak datang dgn famili belah lelaki.
Sebahagian rombongan lelaki yang datang tepat pada masanya. Bapak lelakinya yang pakai kopiah sebelah kiri sekali tu.

Tunang si M pun ada datang. Adat sekarang dah lain, kalau dulu lelaki tak muncul kat majlis tunang. Tapi zaman dah berubah.

Si m bersalaman dengan bakal ibu mertua.

Majlis kecil-kecilan yang diadakan di depan rumah. Kami ipar duai yang bertungkus lumus membantu menyiapkan hidangan sebab jiran2 kat bandar ni lain, tak macam kampung.


Si m bergambar-gambar bersama anak-anak saudara, Amir Syafiq dan Nurul. Semoga berkekalan hingga ke hari persandingan dan terus ke akhir hayat.