Blog Skin

Wednesday, August 9, 2017

Kerja Baru di UMP

Assalammualaikum wbt.... muncul kembali 😊. Kali ni memaksakan diri buat post memandangkan ada benda baru yg boleh di consider besar dalam hidup yg jadi. Antaranya dapat kerja baru dan dapat anak baru. Untuk kali ni kita update pasal kerja baru lah selepas berhenti askar awal tahun 2016.

Aku dapat kerja sebagai Ketua Bahagian Keselamatan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 9 Nov 2016. Tapi family tak ikut sekali sebab wife pun ada komitmen di tempat kerja dia. Jadi aku datang bujang jelah kat UMP ni. Aku based di Kampus Pekan tapi kena jaga juga Kampus Gambang.
Taknak cerita banyak lah. Just nak tempek gambar2. Biarlah gambar yg berbicara...


Acara aku yang pertama kat UMP. Fun Run sempena Convo Fest 2016. Aku tgh berlari dengan Dato Rosli Timbalan Naib Canselor Akademik. Memang berstamina dia ni walaupun dah lebih 50 tahun.

Keratan akhbar acara Fun Run


Salah satu acara sempena Convo Fest jugak. Melepaskan ikan untuk acara memancing. Kerjasama dengan Utusan Malaysia.


Bersama pemenang-pemenang pertandingan memancing.

Keratan akhbar pertandingan memancing

Upacara pemakaian pangkat anggota pengawal KP11 ke KP 14. Disempurnakan oleh Tuan Pendaftar UMP En Hamid Abd Majid

 
Bergambar kenangan bersama Pendaftar dan BKES

Majlis Perarakan Sempena Maulidur Rasul Peringkat UMP tahun 2016 


Perjumpaan bersama antara MPP dan BKES