Demam campak-sakit yang memang kita semua akan kena. 12 Mei 2010 yang lepas Amir Syafiq kena demam campak buat kali pertamanya. Mula suspen jugak,yelah kami pun tak berapa tau macam mana nak ubatkan demam campak ni, main ikut cakap orang jelah. Nasib baik jugaklah kami pun dah kena campak ni. Kalau tidak letih jugak satu rumah kena. Terima jelah..
Muka Amir selepas hari ke-2 kena demam. Bintik-bintik dah mula naik dengan cepat. Amir dibawak jumpa doktor panel UIA Klinik Kita kat Wangsa Maju. Tapi doktor yang kami jumpa tu memang hampeh. Dia pun tak tau sakit apa. Dia kata "saya rasa kena jangkitan kulit ni.."Kalau tak tau kata jelah tak tau. Tunjuk pandai tak kena tempat.Ni dah masuk hari ke-3. Dah habis satu badan kena lumur dengan bedak sejuk. Orang kata bagi mandi dengan daun bambu pun ok.
Muka Amir dah teruk. Kali ni Amir dibawak ke Klinik lain pulak. Klinik Dr Saifudin kat Pinggiran Batu Caves. Doktor tu memang mantap, check sikit je dia dah tau kena campak. Masa tu rasa nak pergi balik je Klinik Kami Wangsa Maju tu. Agaknya kalau sakit yang kronik mau dah kena saman doktor tu.
Masuk hari ke-5. Hari ke-6 Amir kena demam campak. Dah nampak kering kat bintik2 campak tu. Nasib baik le tak teruk sangat Amir kena campak.
No comments:
Post a Comment