Blog Skin

Monday, June 21, 2010

Lawatan Amir Ke HUT TUDM

KL Base TUDM, 20 Jun 2010 (Ahad) - Kami sekeluarga pergi jalan2 kat open day TUDM. Open Day tu sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM yang ke 52. Sehari sebelum tu kami tengok kapal terbang2 yang ada kat KLIA, so kali ni nak ajak Amir tgk jet dan heli TUDM lak.Amir memang suka le. Tapi tak berapa nak meriah sebab kurang aktiviti2 yang best..

Mama dan Amir berjalan masuk ke dalam hangar tempat pesawat2 lama dipamerkan.

Skyhawk, antara pesawat lama yang dipamerkan. Tapi pameran pesawat tak berapa best sebab takde pesawat2 canggih mcm MIG, Sukhoi dsb.

Ayah dan Amir try kerusi pilot fighter jet. Kerusi ni boleh eject kalau ada emergency dalam fighter jet masa terbang.

Mendengarkan Mat Terap Air Force ni buat penerangan. Saja je tanya nak tau pasal senjata yang ada kat jet fighter.

Ayah dan Amir berposing kat kapal terbang zaman Jepun. Iye kot..

Amir bermain dgn Aciknya dalam kapal terbang Caribou.

Amir dan Acik dalam salah satu pesawat yang ada kat situ.

Amir berposing kat tempat pilot..

On the way nak balik dari HUT TUDM, kami singgah ke Istana Negara. Cadangnya nak tengok kuda yang berkawal, tapi masa kami sampai jam 3:45 petang kuda-kuda baru balik kandang 15 minit. Hampes betul.


Tak dapat bergambar dengan pengawal kuda pun takpe. Askar pacak pun boleh la.

Hadapan Istana Negara, taman mini.


No comments:

Post a Comment