Blog Skin

Friday, October 8, 2010

Rumah Baru

Kali ni aku nak story pasal rumah baru aku kat Taman Garing Permai, Rawang. Area ni mmg kedalam sikit dari jalan besar.Tapi 2 km je..sekolah dekat, tol dekat apa lagi?Rumah ni guna loan rumah wife. Harganya RM195,000.Ada org kata hilang akal beli kat area Rawang ni. Hmmm yang kata tu kot hilang akal sebab beli kawasan yang sesak mcm kat area Sri Gombak. Dah le mahal sampai RM350,000 harga rumah kalau sama mcm rumah kami ni.

Keadaan rumah sebelum dibuat pengubahsuaian.

Keadaan rumah selepas dibuat pengubahsuaian.

Ni pemandangan rumah jiran kami berbangsa Cina. Okey jugak rumah dia dah renovate, luas. Masa aku dgn wife buat tinjau utk renovate rumah kami tu, jiran Cina tu ada datang sama. Agaknya dia nak tau apa konsep renovation kami.

Pemandangan depan rumah. Tu motor contractor kami, En Sapri. Dia buat renovation mmg cepat dan ok. Harga pun boleh tahan tak mahal sangat. Dia mula kerja 4/10/2010-8/11/2010. Kerja2 yang dia buat ialah pasang plaster siling dan cornis, pasang lampu2 dan electrical item, install kitchen cabinet, pasal tiles dalam bilik maid, renovate pagar lama dan 1-2 benda kecik2 lagi. Kerja2 cat kami bagi kat Kontraktor Cina nama Kent manakala buat pagar besi kami bagi Kontraktor nama Abdullah berbangsa Acheh.

Pemandangan depan rumah selepas cat. Kalau nak ikut deal mula2, kami nak warna coklat. Tapi bila siap warna jadi hijau. Tapi warna hijau lembut tu pun ok gak. Malas nak panjangkan cerita, janji dia tak cat rumah jadik warna oren.

Tembok yang memisahkan kami dengan jiran sebelah. Ingatkan nak buat paras2 mulut je tapi bila dah siap langsung tak nampak rumah sebelah. Tak best gak sebab kalau jadi apa2 jiran sebelah tak nampak rumah kami.

Ruang yang aku bercadang nak simenkan je. Senang nak masukkan kereta taklah becak nanti. Tapi kalau nak simen kosnya dalam RM 500. Duit lagi tu. Takpelah, tunggu ada modal nanti. Sementara tu aku ingat nak carik batu2 sungai je taburkan. Ada tanah susah, takde tanah lagi susah. Hmmm.....

Ni gambar semasa kerja2 membersihkan kawasan car porch untuk pasang tiles. Tiles dan upah untuk car porch ialah RM 2000++. Takpelah, janji sekali jalan tak payah nak buat dah lepas ni.

Selerak, habis siling kena humban ke tanah. Tanah sekangkang kera ni ada banyak ulat. Nanti nak kasi clear.

Dah tak berselerak sangat. Kami cadang nak tanam rumput carpet. Tapi modal tinggi bangat kalau nak upah. Untuk ukuran 2" x 1" siap pasang RM 4.60. Kalau dah luasnya 600" makan RM1400 - 1500..? Itu harga Indon kat area Sg Buloh. Kalau Cina koman2 pun RM 2k. Baik labur untuk beli autogate system. Nanti kami nak buat mini taman dan untuk rumput, aku akan buat sendiri. Kita tengok apa yang tumbuh.

Kerja2 memasang landasan untuk wrought iron sliding gate. Ukuran sliding gate adalah 17" x 6". Harganya RM 2600. Memang besar dan berat. Nanti kalau dah ada modal cadang nak pasang autogate system. Modal kalau nak pasang dalam RM 1300 - RM 1500. Kabel Ammo dah siap Sapri pasang. Kami suruh buat kabel siap2 supaya tak perlu nak pecah simen lagi lepas ni.

Pemandangan gate depan dari tingkap bilik tidur utama.

Wife tengah termenung apa nak buat di ruang tamu ni. Dalam masa yang sama fikir jugak berapa lagi nak abis..

Dah siap di cat.

Ruang tamu dan dining area sebelum ubahsuai.

Ruang tamu dan dining area selepas ubahsuai. Ruang tamu warna coklat lembut dan untuk feature wall kami guna dark colour sikit. Lampu makan ala2 sarang burung.

Ni keadaan dapur sebelum dibuat apa2 renovation.
Keadaan dapur semasa proses renovation.

Dah hampir siap. Cuma nak pasang kayu2 kabinet je.

Kabinet dapur yang dah siap dipasang. Alat letrik seperti peti sejuk, microwave oven dan dapur masak siap pasang sekali. Memang kemas dan cantik si Sapri pasang.

Family area yang masih kosong dan belum ubahsuai.

Family area yang telah mendapat sentuhan cat baru dan plaster siling. Baru syok lepak ada kipas.

Cornise dah mula dipasang kat family area.
Bilik tidur utama. Merah macam tokong cina.

Selepas ubahsuai baru cantik. Warna biru favourite aku. Memang aku yang pilih warna ni untuk bilik tidur utama sebab warna luar rumah dan bahagian yang lain bini dah pilih. Nampak luas dan mendamaikan. Tergantung adalah kipas panasonic 4 bilah remote control. Senang malam2 takyah nak bangun kalau sejuk.

Siling bilik tidur utama siap dipecah utk plaster siling.

Tangki air kelihatan. Tapak untuk tangki air tu kayu. Biasanya besi.

Plaster Siling yang dah siap. Nampak ada tompok basah sebab baru lepas hujan lebat. Cepat-cepat kami suruh kontraktor tu repair balik bumbung. Kalau tak hujan mesti kami pun tak tau.


Thursday, September 16, 2010

Majlis Pertunangan Adik Ipar (M)

Tarikh 7 Ogos 2010 adik ipar aku si m selamat ditunangkan dengan pasangannya bernama cik wan(tak tau le aku nama penuh wan tu). Majlis tunang diadakan di rumah sewa m si m kat area taman equiene. kenapa tak buat kat kampung, sebab nak mudahkan belah lelaki. Parents lelaki dok kat Putrajaya, tak jauh sangat kalau nak datang dgn famili belah lelaki.
Sebahagian rombongan lelaki yang datang tepat pada masanya. Bapak lelakinya yang pakai kopiah sebelah kiri sekali tu.

Tunang si M pun ada datang. Adat sekarang dah lain, kalau dulu lelaki tak muncul kat majlis tunang. Tapi zaman dah berubah.

Si m bersalaman dengan bakal ibu mertua.

Majlis kecil-kecilan yang diadakan di depan rumah. Kami ipar duai yang bertungkus lumus membantu menyiapkan hidangan sebab jiran2 kat bandar ni lain, tak macam kampung.


Si m bergambar-gambar bersama anak-anak saudara, Amir Syafiq dan Nurul. Semoga berkekalan hingga ke hari persandingan dan terus ke akhir hayat.







Monday, June 21, 2010

Lawatan Amir Ke HUT TUDM

KL Base TUDM, 20 Jun 2010 (Ahad) - Kami sekeluarga pergi jalan2 kat open day TUDM. Open Day tu sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM yang ke 52. Sehari sebelum tu kami tengok kapal terbang2 yang ada kat KLIA, so kali ni nak ajak Amir tgk jet dan heli TUDM lak.Amir memang suka le. Tapi tak berapa nak meriah sebab kurang aktiviti2 yang best..

Mama dan Amir berjalan masuk ke dalam hangar tempat pesawat2 lama dipamerkan.

Skyhawk, antara pesawat lama yang dipamerkan. Tapi pameran pesawat tak berapa best sebab takde pesawat2 canggih mcm MIG, Sukhoi dsb.

Ayah dan Amir try kerusi pilot fighter jet. Kerusi ni boleh eject kalau ada emergency dalam fighter jet masa terbang.

Mendengarkan Mat Terap Air Force ni buat penerangan. Saja je tanya nak tau pasal senjata yang ada kat jet fighter.

Ayah dan Amir berposing kat kapal terbang zaman Jepun. Iye kot..

Amir bermain dgn Aciknya dalam kapal terbang Caribou.

Amir dan Acik dalam salah satu pesawat yang ada kat situ.

Amir berposing kat tempat pilot..

On the way nak balik dari HUT TUDM, kami singgah ke Istana Negara. Cadangnya nak tengok kuda yang berkawal, tapi masa kami sampai jam 3:45 petang kuda-kuda baru balik kandang 15 minit. Hampes betul.


Tak dapat bergambar dengan pengawal kuda pun takpe. Askar pacak pun boleh la.

Hadapan Istana Negara, taman mini.


Saturday, June 12, 2010

Amir Kena Deman Campak

Demam campak-sakit yang memang kita semua akan kena. 12 Mei 2010 yang lepas Amir Syafiq kena demam campak buat kali pertamanya. Mula suspen jugak,yelah kami pun tak berapa tau macam mana nak ubatkan demam campak ni, main ikut cakap orang jelah. Nasib baik jugaklah kami pun dah kena campak ni. Kalau tidak letih jugak satu rumah kena. Terima jelah..
Muka Amir selepas hari ke-2 kena demam. Bintik-bintik dah mula naik dengan cepat. Amir dibawak jumpa doktor panel UIA Klinik Kita kat Wangsa Maju. Tapi doktor yang kami jumpa tu memang hampeh. Dia pun tak tau sakit apa. Dia kata "saya rasa kena jangkitan kulit ni.."Kalau tak tau kata jelah tak tau. Tunjuk pandai tak kena tempat.

Ni dah masuk hari ke-3. Dah habis satu badan kena lumur dengan bedak sejuk. Orang kata bagi mandi dengan daun bambu pun ok.

Muka Amir dah teruk. Kali ni Amir dibawak ke Klinik lain pulak. Klinik Dr Saifudin kat Pinggiran Batu Caves. Doktor tu memang mantap, check sikit je dia dah tau kena campak. Masa tu rasa nak pergi balik je Klinik Kami Wangsa Maju tu. Agaknya kalau sakit yang kronik mau dah kena saman doktor tu.
Masuk hari ke-5. Hari ke-6 Amir kena demam campak. Dah nampak kering kat bintik2 campak tu. Nasib baik le tak teruk sangat Amir kena campak.