Blog Skin

Saturday, December 31, 2011

Atap Nipah Atap Genting

Rumah Taman Garing Permai yang aku duduk baru setahun dah mula buat hal.Rumah 2nd hand kot.Bukan buat hal apa tapi atapnya dah mula dimasuki air kalau hujan lebat. Aku agak air masuk melalui celah2 atap genting yang renggang sebab kena tiup angin kuat sangat. Kalau rumah kampung yang pakai atap nipah tu tahan je bertahun-tahun. Ni atap genting manja betul. Untuk memastikan samada teruk atau tak keadaan atap, aku panggil Indon bernama Ahmad yang rumahnya dekat dgn rumah aku untuk tengok ada apa dengan atap.

Indon sedang memeriksa atap.

Berjalan-jalan di atas bumbung mencari kalau ada yang renggang dan perlu ditukar.

Setelah diperiksa memang sah ada atap yang renggang.Bukannya renggang sebab apa tapi sealer antara atap tu dah mula terkopek. Jadi jalan penyelesaiannya hari Isnin ni Ahmad akan buang seal yang lama dan ganti dengan yang baru. Harap-harap lepas ni tak risau lagi kalau hujan lebat.

No comments:

Post a Comment