Blog Skin

Sunday, January 29, 2012

Cowboy's Nite 41 Bti RAD

Tarikh 27 Jan 2012 yamg lepas kem tempat aku kerja anjurkan makan malam berkonsepkan aneka ragam.tapi konsepnya dah ditentukan iaitu gaya koboi@cowboy. So berduyun2 le yang buat persiapan 2 minggu lebih awal. Ada yang beli topi baru ala koboi, ada yang carik seluar rambu-rambu dan macam-macam lagilah. Aku pun tak ketinggalan menggayakan gaya koboi. Sebenarnya aku dah ada aksesori pakaian dan kasut koboi. Tu yang senang sikit. Semua benda2 tu aku dah ada sebab dulu2 mes tempat keje dah buat malam koboi ni. Masuk kali ni dah 3 kali aku jadik koboi Malaya.

Bergaya ala2 kat bangsal. Siap dengan makanan kuda-rumput kering lagi. Yang rambut panjang tu si Jelai. Dia punya kreatif siap buatkan rambut dari tali pemegang ammo box.

Sebelum acara dimulakan, sesi mandi bunga untuk anggota baru yang passing out. Sebahagian dari budaya anggota mes atau bilik bujang bagi menandakan dah cukup edah. 2 tahun jugak dia orang ni nak passing out bilik bujang lepas dari keluar rekrut.

Barisan kepimpinan Kem 41 Bti RAD @ koboi Sungai Buloh. Dari kanan Kapt Jelai-Ketua Trup, Kapt Mus-Ketua Trup, Lt kol Hashim - Ketua Bateri dan aku Bateri Kapten.

Posing tak hengat. Sekali sekala jadik koboi..

Koboi main mercun das dulu..

Gaya, mutu , keunggulan... koboi Melayu

Koboi2 dah lapar nak makan.

Sebelum Makan Kena Tinggalkan Pistol.

Koboi makan daging kambing dengan nasik briani...?

Koboi kekenyangan sambil mendengar hiburan live band.


No comments:

Post a Comment