Blog Skin

Sunday, January 29, 2012

Kembara Ke Bumi Melaka

Tarikh 28 Jan 2012 aku buat ride ke Melaka dengan member dari Senawang. Budak UUM jugak dulu bernama Azmi Shuib. Dia ajak untuk gi majlis kawan. Aku pun nak jugak pergi sebab ada kawan yang tak sihat kat Melaka tu. So sambil nyelam sambil minum coke la... Aku bertolak dari Rawang ke Senawang dalam jam 715 pagi dan sampai sejam kemudian kat tol Senawang. Azmi Shuib dah tunggu kat tol dari jam 8 pagi lagi. Kami berdua ride pakai motor masing2. Aku pakai SYM VTS 200 manakala dia pakai Modenas Elegen 150. Dua2 motor ni satu spesies jugak iaitu Scooter. Si Azmi ni ada motor Versys 650 tapi atas mengenangkan aku bawak VTS maka dia simpan je Versys kay rumah. Nanti tak terkejar pulak SYM atas hiway.

Aku baru sampai dari Rawang. Ni gambar di Tol Senawang.

Berehat dalam 5 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka.

Kami sampai Alor Gajah dalam sejam kemudian dan terus breakfast kat kedai makan kampung tepi jalan. Mula2 sampai memang terkejut sebab nampak ramai orang kawasan tu. ingatkan ada kenduri ke apa, rupa-rupanya semua tu customer kedai makan berkenaan. Ntah apa yang best, aku makan rasa sama je mcm kedai lain. Tahap kesedapan roti canai dia pulak kurang sedepa daripada roti canai mamak kat Rawang. Tapi mungkin jugak sebab kat situ macam2 ada. Dari bihun sup sampai le ke nasik ayam. Pagi2 dah ada nasik ayam..? Sebab tu kot orang ramai, ada pilihan.

Lepas makan je kami teruskan perjalanan ke rumah sahabat kami yang pertama bernama Chah. Chah ni adalah roomate si Azmi dan jugak kawan aku masa kat matrik Kolej Mara Kuala Nerang dan UUM. Kiranya aku kenal si Azmi ni pun sebab aku selalu lepak kat bilik si Chah ni dulu.

Berhenti kejap untuk call Chah.

Rumah member bernama Zoraidi Stota yang sakit akibat penyakit misteri aka buatan orang.

Singgah solat di Masjid Terapung Melaka.

Keadaan di rumah Chah. Yang berbaju jersi Malaysia tu kawan kami jugak yg kebetulan rumah kat tepi rumah Chah.

Roomate kat UUM yang berjaya jugak jumpa. Dari pagi sampai petang call tak dapat. Last2 dia call balik. Rupanya kerja sampai petang...hampeh. Dapat jumpa pun dah dekat Maghrib. Takpe janji dapat jumpa. Nama mamat ni Suria bin Abas aka Ulau. Bujang lagi sampai sekarang, tak tau le tunggu apa lagi.

No comments:

Post a Comment