Blog Skin

Wednesday, February 1, 2012

Aktiviti di Hari Wilayah

Hari ni takde apa sangat aktiviti nak dibuat. Sempena cuti Hari Wilayah ni aku ingat nak gi kedai moto je. Pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah. Gayanya macam nak gi kerja tapi terus ke Taman Metropolitan Kepong. Berlari mengeluarkan peluh dengan member nama Jelai. Sempat buat seround je sebab kalau nak sampai 2nd round takut jem pulak kaki lenguh. So abis je dari jogging, terus gi sarapan. Makan bihun dgn telor je. Dah settle bab makan, gi ke Jalan Ipoh.
Mulanya nak tampal je tayar motor yang dah bocor tu. Tapi bila dah sampai sana terus tertukar baru pulak. Tayar tu pun memang dah dekat nak botak. Rasanya boleh lagi kalau takat 1000km, tapi apa-apapun safety first. Kalau sayang takat beberapa puluh tapi risiko besar atas jalan raya baik tak payah. Tayar yang ditukar jenis Duro untuk belakang. Jumlah RM 95 siap pasang kat Kedai KS Motor Jalan Ipoh.Kedainya memang macam kampung sikit, tapi ramai brother superbike yang antar kat situ. Mungkin sebab dia bagus kot. Semua motor dia layan repair. Waktu aku pergi tu ada Honda C70 hinggakan Honda CBR 1000.

Kedai KS Motor Jalan Ipoh, KL

Berbunga lebat lagi. Mampu bertahan lagi 10k - 12k lagi kot. Tu pun kalau tak lenjan sangat.

No comments:

Post a Comment