Blog Skin

Monday, February 6, 2012

Pengubahsuaian Rumah Opah Kg Padang Asam

Hari ni aku pergi ke Kg Padang Assam (rumah arwah Opah) untuk jenguk rumah yang dah lama tak berpenghuni tu. Berita baik yang aku terima rumah tu akan di ambil oleh Mak Teh dan akan di renovate. Bentuknya lebih kurang sama cuma bahagian dapur akan dipecahkan dan dibuat lain. Setakat yang aku pergi tadi memang tak nampak lagi rupanya sebab masih dalam proses awal. Cuma bahagian rumah atas je tak diusik. Bahagian atas cuma direndahkan dengan alasan tak tinggi sangat. Senang untuk orang2 tua naik.

Rupa bahagian depan rumah yang telah direndahkan sebanyak 2 kaki. Kalau dulu kereta senang boleh masuk bawah rumah.

Bahagian tepi rumah. Kelihatan dapur dah dilebarkan kebahagian tepi. Mungkin ada penambahan bilik kat kawasan dapur.

Bahagian belakang dapur yang dah dirobohkan sama sekali.

Last sekali sebelum balik Amir ajak meninjau kawasan sungai. Dia pernah pergi kawasan sungai ni, tu yang dia ajak pergi tengok. Dah cetek sangat airnya.. tak best untuk mandi dah.

No comments:

Post a Comment