Blog Skin

Monday, February 6, 2012

Lawatan ke Kuala Kangsar

Selepas kami beredar dari Kg Padang Asam, destinasi yang aku tuju ialah kawasan lembah dekat Sungai Perak. Tempat tu memang menarik tambahan kalau cuti-cuti Malaysia mcm hari ni. Ramai orang. Tapi tujuan utama aku ke sana ialah nak carik pau yang best tu. Tapi sebelum beli pau, kami (aku, mak, mak mertua dan Amir) menjamu selera kat kedai makan yang berdekatan kawasan sungai tu. Lepas makan apa lagi terus tuju kedai jual pau tu,tapi...... habis pulak paunya. Baru jam 1 tengahari tapi dah habis?! Buat le banyak2 dah tau orang ramai. Apadaa... Pau dia memang sedap, mcm2 perasa ada. Tapi dah takde rezeki, mungkin lain kali kot. Akhirnya kami layan pemandangan tepi Sungai Perak jelah.

Kelihatan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang menghubungkan Sayong dan pekan Kuala Kangsar. Kalau sebelum jambatan ni siap, semua guna sampan je kalau nak ke seberang. Agaknya dah 10 tahun jambatan ni siap.

Amir bergambar depan salah satu waqaf yang disediakan.

Begambar pulak berlatarbelakang jeti.

Gambar kami berempat atas jeti.

Akibat tak dapat membeli pau, maka aku membeli laksa kuala. Nasib baik sedap, kalau tak mesti bertamba frust.

No comments:

Post a Comment