Blog Skin

Monday, February 6, 2012

Tinjau-tinjau Chalet Mr Os

Semasa aku ke Kuala Kangsar sempena cuti Maulud Nabi yang lepas, aku sempat singgah ke Chalet Mr Os di Kg kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Nama Chalet tu ialah Chalet D' Kampung kepunyaan Mr Os dan adik beradiknya. Rumah yang ada kat situ semuanya ada 8 buah yang diberi nama sempena kesemua adik beradik Mr Os. Konsepnya penginapan ala kampung. Semasa disoal selidik En Ahmad Sabki- Pengurus Chalet(anak saudara Mr Os), penginapan kat situ semuanya sebenarnya kepunyaan setiap adik beradik Mr Os. Tujuan utama ialah untuk kemudahan adik beradik kalau balik semasa musim cuti atau perayaan. Tetapi dalam masa yang sama juga ianya boleh menerima tetamu yang nak menginap jika pada masa itu tiada adik beradik Mr Os yang menginap. Senang cerita kalau masa cuti panjang atau raya memang hanya untuk famili Mr Os sahaja.
Bayaran untuk menginap pun berpatutan lebih kurang rm 80 je semalam. Kalau kena masanya dan musimnya dapat merasa buah-buahan yang ada di sekitarchalet tersebut.


Wakaf yang disediakan khas untuk tempat bersantai pengunjung.

Kelihatan rumah yang ada tanki diatasnya tu ialah rumah pam untuk kolam renang. Saiz kolam renang tu memang sesuai untuk anak-anak sahaja.

Salah satu chalet yang terdapat disitu.


No comments:

Post a Comment